Siakap Keli

4 Kawasan PKPD Tiada Pertambahan Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah melaporkan, tiada sebarang pertambahan kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di empat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Hisham, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat kekal 131 kes, kawasan bukan kampung tersebut kekal 315 kes.

Selain itu, di Menara Plaza City One masih kekal 39 kes, bangunan Malayan Mansion kekal 4 kes dan Selangor Mansion kekal 84 kes.

Manakala di Bandar Baru Ibrahim Majid, Johor pula masih kekal 183 kes.

Bagaimanapun, hanya satu kes baharu dilaporkan di lokaliti luar kawasan bandar tersebut.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 18 April 2020

Sumber: KKM

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.