Siakap Keli

“Ada Yang Minta Gaji Cikgu Dipotong,” Guru Kongsi Statistik Buktikan Guru Bekerja Keras Sewaktu PKP

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak Covid-19. Justeru daripada itu, kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang memperuntukkan pelbagai sektor utama dalam negara dihentikan operasinya secara sementara.

Ianya termasuklah sekolah-sekolah dan institusi kerajaan di seluruh negara. Susulan daripada itu, guru-guru di sekolah telah disarankan untuk menggunakan pembelajaran atas talian sebagai kaedah alternatif untuk mengajar.

Walaupun kaedah tersebut ternyata sukar, namun demi tanggungjawab dan amanah yang digalas, mereka tetap melakukannya dengan ikhlas.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang guru bernama Mohd Fadhli Salleh, dia ada menyatakan bahawa kaedah pembelajaran atas talian yang diguna pakai oleh guru-guru di Malaysia telah berjaya mengalahkan banyak negara-negara moden dan lebih maju dari Malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Saat banyak tuduhan dilemparkan pada golongan guru sampai ada yang minta gaji cikgu dipotong, duduk saja dan sebagainya, statistik pula menunjukkan sebaliknya.

Ini fakta. Ini statistik. Ini adalah usaha sebenar guru-guru di Malaysia yang ramai orang tidak nampak. Namun statistik tidak menipu.

Search trends untuk frasa ‘Google Classroom’ di Malaysia meningkat ke tangga ke-2 dunia. Ini adalah impak langsung yang kita boleh lihat hasil daripada usaha guru-guru Malaysia dalam menyantuni pembelajaran maya dalam tempoh PKP.

Kita mengalahkan banyak negara-negara moden dan lebih maju dari kita. Kita mengalahkan negara yang kononnya memiliki kemajuan paling pesat, teknologi paling canggih dan hebat.

Kita berada di tangga ke-dua paling aktif menggunakan Google Classroom untuk sesi pembelajaran semasa tempoh satu dunia tengah darurat ini.

Tahniah semua guru-guru di Malaysia. Kalian insan hebat.

Biarkan orang terus berkata. Biarkan segelintir terus mencerca. Kita terus berkongsi ilmu tanpa jemu. Kita terus berbakti tanpa henti.

Saya bangga menjadi salah seorang guru diantara lebih 400,000 guru di Malaysia.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa