Siakap Keli

Ambil Peluang Manusia Berkurung, Singa Dirakam Bersantai & Tidur Atas Jalan Yang Sunyi

Ketika perintah berkurung dilaksanakan hampir di setiap negara di seluruh dunia, kerap kali viral di media sosial mengenai kumpulan haiwan yang keluar ke jalanan dan kelihatan di kawasan tempat tinggal manusia.

Terbaru, di Afrika Selatan, gelagat kumpulan singa yang dilihat sangat selesa dan bersantai di jalan raya yang sunyi sepi menarik perhatian ramai pengguna Twitter setelah dimuat naik oleh Kruger National Park.

”Bukan pengunjung Kruger yang biasa dilihat oleh pelancong. #SALockdown Singa-singa ini biasanya tinggal di Taman Kempianan Contractual, satu kawasan di mana pelancong Kruger jarang dapat melawat. Tapi petang ini (15 April), singa-singa ini berehat di atas jalan di Orpen Rest Camp,” kata tweet berkenaan.

Daripada gambar-gambar yang dimuat naik tersebut, jelas dilihat singa-singa ini langsung tidak merasa terganggu dan menikmati suasana tersebut sepenuhnya.

Sumber: Kruger National Park

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.