Siakap Keli

“Nanti Virus Lagi Merebak”, Pemuda Temui Beratus-Ratus Topeng Muka, Sarung Tangan Dibuang Merata-Rata

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Amalan memakai penutup muka (face mask) ketika keluar rumah merupakan satu usaha yang bagus kerana dapat menghalang sebarang jangkitan atau simptom COVID-19 daripada terkena kepada orang lain.

Namun, di sebalik usaha murni itu, ada juga segelintir orang awam yang didapati alpa dan tiada kesedaran sivik bagi sudut lain.

Menjaga diri daripada terkena atau tersebar jangkitan itu sudah bagus, namun masalah lain pula timbul apabila bersikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab.

Seorang pengguna Facebook, Ganeswaran Ganesh Segar berkongsi pengalamannya mendepani isu sikap tidak bertanggungjawab oleh mereka yang tiada kesedaran sivik.

Beliau mendakwa, kira-kira ratusan penutup muka dan sarung tangan dijumpai merata-rata di kawasan tempat awam, dipercayai dibuang sewenang-wenangnya setelah dipakai oleh golongan tersebut.

Menurutnya, lokasi kejadian berlaku di sebuah taman di Negeri Sembilan.

“Guess what, we deserve Corona Pro Max.

“Ini adalah hasil kutipan saya dari bank ke rumah (kurang dari 3 kilometer). Beratus topeng dan sarung tangan dibuang merata-rata,”

Foto: Facebook Ganeswaran Ganesh Segar

“Deii, lepas guna buang dalam tong sampah laa.

“Ingat sudah habis lockdown kah?

“Nanti virus lagi merebak. Benda simple ini pun nak ajar ke?”

Foto: Facebook Ganeswaran Ganesh Segar
Foto: Facebook Ganeswaran Ganesh Segar
Foto: Facebook Ganeswaran Ganesh Segar
Foto: Facebook Ganeswaran Ganesh Segar

Sikap tidak bertanggungjawab ini sepatutnya perlu dihentikan segera.

Seperti yang kita maklum, untuk membuang topeng muka dan sarung tangan jenis ini, kita perlu mengikuti prosedur tertentu agar ia tidak berisiko menyebarkan virus atau penyakit berkaitan.

Portal My Health di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi infografik mengenai kaedah pembuangan bahan tersebut.

Infografik: MyHealth KKM

Semoga kita dapat menghindari sikap seperti ini agar tidak mendatangkan sebarang masalah pada kemudian hari.

Terima kasih saudara Ganeswaran atas usaha anda yang cakna dengan masalah semasa.

Tindakan anda harus dicontohi oleh orang lain agar sama-sama dapat membantu menyelamatkan negara dari penularan pandemik COVID-19.

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'