Siakap Keli

Polis Sudah Terima Laporan Mengenai Dakwaan Ada Kenamaan Langgar PKP- Menteri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media harian sebentar tadi memaklumkan polis ada menerima laporan terhadap dakwaan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan oleh beberapa kenamaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan berkenaan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan berhubung perkara berkenaan.

”Saya dah sebutkan, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Itu asasnya. Saya difahamkan sudah ada laporan-laporan polis yang dibuat.

”Jadi, kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping gambar membabitkan orang kenamaan yang didakwa melanggar PKP tular di media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam.

Sumber: RTM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.