Kedutaan Rusia merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta menyampaikan surat penghargaan kepada seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pahang atas khidmat bakti yang disalurkan.
Difahamkan, menurut halaman Facebook POLIS Temerloh, surat penghargaan itu diberikan atas sebab usaha pihak polis membantu Mr. Laxim Lapin, jurutera kargo yang terkandas di daerah Temerloh sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd. Yusri Othman turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat dan membantu dalam usaha tersebut.

Sebelum ini, Mr. Laxim Lapin telah diselamatkan oleh polis Temerloh selepas dia ditemukan berkeliaran sambil mengadu memerlukan makanan di hadapan sebuah restoran makanan segera sebelum selamat dihantar ke kedutaan Russia.



Kedutaan Rusia merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menyampaikan 'Surat Penghargaan' kepada seluruh warga IPD…
Posted by POLIS Temerloh on Friday, 17 April 2020
Sumber: Facebook