Siakap Keli
Kredit: Google

Selangor Sedia Saringan COVID-19 Percuma Hari Ini & Esok Kepada Warga Emas, Individu Bersimptom

Kerajaan negeri Selangor akan menyediakan saringan COVID-19 percuma kepada warga emas dan individu bersimptom hari ini dan esok.

Menurut Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, saringan tersebut akan dilakukan secara pandu lalu.

“Sebagai salah satu inisiatif menggempur Covid-19 habis-habisan, Kerajaan Negeri Selangor melalui SelCare melaksanakan Saringan Covid-19 berkonsepkan pandu lalu.

“Saringan ini adalah percuma untuk warga emas dan mereka yang mempunyai simptom seperti yang dinyatakan. Sila rujuk kepada sesi pelaksanaan bermula hari ini dan esok.” tulis beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Saringan itu akan dilakukan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Shah Alam, pada hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi talian 013-247 7426.

Sumber: Amirudin Shari

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.