Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) Cara Nak Basuh Tuala Lama & Kasar Jadi Lembut Macam Baru Hanya Guna 2 Barang Ini

Kadangkala, tuala yang telah lama dipakai akan rasa kasar dan tidak lagi selembut tuala baru. Tahu tak, dengan hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah, anda boleh melembutkan semula tuala itu tanpa menggunakan pelembut fabrik?

Mari kita baca tips dikongsikan A Clean Bee atau Kait di media sosial beliau. Menurut Kait, penggunaan pelembut fabrik akan menyebabkan tuala menjadi kurang menyerap. Hal ini kerana cecair itu akan meninggalkan lapisan pada tuala, membuatkan wujud halangan untuk tuala menyerap air dengan berkesan.

“Kalau anda ada tuala mandi yang rasa kasar dan tak lagi lembut, ini tips membasuh yang berbaloi untuk anda cuba,” katanya.

Tanpa keluarkan kos yang tinggi, anda hanya perlukan dua bahan iaitu baking soda dan air.

  1. Tambah kira-kira secawan baking soda dalam setiap empat liter air panas. Anda boleh ubah kuantiti soda mengikut sukatan air.
  2. Kemudian, rendam tuala anda sekurang-kurangnya satu jam di dalam bancuhan tersebut. Sebaiknya, rendam semalaman.
  3. Setelah itu, basuh tuala seperti biasa tanpa cecair pelembut fabrik, hanya sabun. Anda juga boleh tambahkan cuka untuk membuatkan ia lebih lembut.

Tuala anda akan menjadi lebih lembut seakan-akan tuala baru.

@acleanbeehow to make bath towels soft again without fabric softener! ##cleanhouse ##cleanlaundry ##cleaninghacks ##foryoupage ##foryou ##4yp ##4u♬ Mission impossible – The Spelding’s Jazz Orchestra

 

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.