Siakap Keli
Kredit: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(Video) Catat Sejarah Jadi Akad Nikah ‘Online’ Pertama Di Malaysia, Majlis Kurang Dari 15 Minit

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah mengizinkan pasangan pengantin untuk melangsungkan pernikahan secara onlineĀ bagi kes tertentu.

Pernikahan pertama secara atas talian di Malaysia telah dilaksanakan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Menariknya, majlis melibatkan pasangan Muhammad Don Haadi dengan Nahdatul Aisyah itu hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

Majlis itu turut disaksikan sendiri Menteri Kanan (Bahagian Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di kediaman pengantin perempuan.

Selain Malaysia, UAE turut mengizinkan pernikahan secara atas talian bagi rakyatnya sebagai inisiatif mengelakkan penularan COVID-19 di sana.

Tahniah diucapkan kepada pengantin.

Sumber: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Amira

Love yourself.