Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) KKM Sahkan 31 Kes Positif Kluster Hospital Di Sabah Termasuk 2 Kes Baru Hari Ini

Putrajaya, 18 April – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seramai 31 petugas kesihatan di hospital tempatan.

Hospital terlibat adalah Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas dan Hospital Keningau.

“Sehingga 18 April 2020, terdapat 31 kes telah dikenalpasti positif COVID-19 dalam kluster ini termasuk dua kes baru dilaporkan hari ini.

Menurut beliau, kluster itu melibatkan 23 petugas kesihatan dengan lapan kontak rapat termasuk keluarga dan orang awam.

Kluster tersebut mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif bagi salah seorang kakitangan hospital yang melapor diri di Hospital Queen Elizabeth, katanya.

Pesakit disahkan tidak sihat dan mengalami batuk serta selesema sebelum disahkan positif. Hasil saringan mendapati beberapa rakan setugas turut positif dan kini diletakkan di wad pengasingan untuk rawatan.

Kesemua pesakit dilaporkan dalam keadaan stabil serta tiada kes dapat jangkitan semasa kendalikan kes, katanya.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.