Siakap Keli

Mak Ayah Jangan Sesuka Hati Kongsi 3 Perkara Ini Tentang Anak Di Media Sosial, Takut Jadi Mimpi Ngeri & Buat Anak Stress

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa zaman moden hari ini untuk memuat naik rakaman video anak mereka yang dirasakan lucu, menarik dan sebagainya sehingga boleh tular dengan cepat di media sosial.

Namun, kita perlu ingat, tidak semua rakaman video anak yang kita rasa seronok, perlu untuk dikongsi kepada orang lain kerana boleh jadi ia memberi impak negatif kepada anak kita secara tidak sedar.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi Facebook berkongsi tentang tiga jenis rakaman video anak yang tidak perlu dikongsi oleh golongan ibu bapa.

Gambar hiasan

 

Menurut perkongsian PHM, rakaman video anak sedang dipukul, didenda atau sebarang situasi yang memalukan berisiko untuk mengakibatkan anak tersebut mengalami emotional distress dan ia bukan perkara yang lucu untuk dikongsi di media.

Kajian menunjukkan, ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan kanak-kanak dapat membantutkan minat mereka untuk belajar dan perkembangan minda.

Selain itu, tindakan merakam video anak yang sedang berbogel atau separa bogel adalah dilarang sama sekali untuk dikongsi ke media kerana dibimbangi visual itu diperhatikan oleh pemerhati atau pemangsa tanpa disedari.

Mungkin kita tidak tahu, salah seorang rakan kita yang tonton video itu di media sosial rupa-rupanya seorang pedofilia?

Tambah PHM lagi, sebarang gambar berkaitan maklumat peribadi, tempat bersekolah dan pusat jagaan juga tidak perlu dikongsi atas faktor keselamatan dan privasi.

“Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak, tetapi dengan berkongsi gambar atau rakaman dalam keadaan anak yang memalukan di media sosial, ia akan meninggalkan jejak digital dalam tempoh masa yang lama.

“Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wajar dimanfaatkan untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga.

“Jangan jadikan tempoh ini mimpi ngeri yang menjadi sejarah titik hitam kepada anak-anak,” memetik kenyataan PHM di Facebook.

Infografik: Public Health Malaysia

Sumber: Public Health Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.