Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) TERKINI: 84 Kes Baru COVID-19, Keseluruhan 5,389 Kes Positif Dicatatkan

Putrajaya, 19 April – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 84 kes baru COVID-19 di Malaysia.

“Sehingga 19 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 84 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah ke spositif 5,389 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Oleh itu kes aktif adalah 2,103 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan, katanya.

Tambah beliau, seramai 46 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hari ini, 26 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita juga dimaklumkan terdapat pertambahan satu kematian hari ini melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 51 tahun. Mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan buah pinggang.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.