Antara perkara yang boleh dibuat ketika musim PKP ini sudah tentulah duduk menonton tv bersama keluarga kan. Melayan minat anak-anak ataupun tonton drama dari pagi hingga ke malam.
Tapi kalau keadaan fizikal tv tidak memuaskan, memang boleh hilang selera nak berhibur. Salah satu yang biasa terjadi ialah tinted polarize tv yang rosak seperti menggelembung ataupun pecah.
Sebenarnya, anda boleh menyelesaikan masalah itu sendiri di rumah, tidak perlu dibawa ke mana-mana kedai untuk dibaiki jika anda tahu caranya.
Jom ikuti tutorial yang disediakan oleh saudara Muzaffar Masor di bawah.
Masalah Polarize yang rosak.
Masa tv off.
Buka bahagian penutup belakang.
Cabut soket pada bahagian belakang dengan berhati-hati.
Bahagian belakang tv selepas dibuka.
Proses-proses membuka.
Pembelajaran kendiri… Bg ja buat… Sambil2 tu tolong tunjuk… Xbetoi marah seround…😁😁😁
Posted by Muzaffar Masor on Friday, 17 April 2020
Buka skru bahagian panel depan tv.
Buka cover depan tv.
Keadaan tinted polarize.
Tanggalkan cover frame LCD.
Buka frame besi utk cover lcd tu… Model dah mandi kali ni…
Posted by Muzaffar Masor on Friday, 17 April 2020
Selepas cover frame dibuka, tanggalkan tinted polarize yang rosak.
Dah buka frame… Boleh koyak tinted polarize yg rosak… Buka dr hujung… Guna pisau dulu…
Posted by Muzaffar Masor on Friday, 17 April 2020
Buat dengan berhati-hati, takut merosakkan permukaan LCD.
Cuci kesan gam pada permukaan LCD.
Habis koyak… Bleh la cuci gam… Tonyoh guna kain n tinner
Posted by Muzaffar Masor on Friday, 17 April 2020
Payah sangat tonyoh… Kikis pakai kad plastik pun bleh… Ni tibai pakai lesen ja…😂😂
Posted by Muzaffar Masor on Friday, 17 April 2020
Sediakan tinted polarize baru. Dibeli dari Shopee berharga RM 50.
Spray permukaan skrin dengan air sabun sedikit sebelum tampal tinted polarize baru.
Lekatkan tinted polarize baru dengan berhati-hati.
Tolak keluar air sabun.
Tolak ayaq sabun pakai kad plastik dibalut dgn kain…takut calaq..😁😁
Posted by Muzaffar Masor on Friday, 17 April 2020
Kemudian keringkan dengan menggunakan pengering rambut.
Keringkan pakai hair dryer bg cepat gheja…
Posted by Muzaffar Masor on Friday, 17 April 2020
Pasang kembali skru.
Dah siap tinted… Pasang balik skru.. cover semua… Ingat blk tempat skru.. soket wayar jgn lupa boh…. Ni model terbaru yg gigih…
Posted by Muzaffar Masor on Friday, 17 April 2020
Dah siap, tapi pastikan betul-betul tiada kesan air sabun dan kering sepenuhnya sebelum tv dihidupkan.
Hasil selepas semua kerja selesai.
Mudah je kan. Tapi anda perlulah melakukannya dengan penuh berhati-hati. Takut ada kerosakkan yang lain pula. Lagi satu, abang ni pesan, dia tak buat servis membaiki tv. Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ada sahaja.
Selamat mencuba.
Sumber: Muzaffar Masor