Siakap Keli

98 Kes Telah Sembuh Dan Dibenarkan Discaj Hari Ini, Jumlah Mencecah 3,295

Sebanyak 98 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 3,295 orang.

 

Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini Covid-19/KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.