Siakap Keli

COVID-19: Jumlah Zon Merah Kekal 30 Daerah

KUALA LUMPUR, 20 April — Jumlah Zon Merah COVID-19 di seluruh negara kekal 30 daerah dengan 17 daripadanya mencatat jumlah kes aktif lebih 40 kes, setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, 17 Zon Merah itu membabitkan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing empat daerah, manakala Melaka (dua), Negeri Sembilan (satu), Johor (dua), Pahang (satu), Sarawak (dua) dan Sabah (satu).

Di Selangor, Zon Merah dengan jumlah kes aktif melebihi 40 adalah Petaling (111), Hulu Langat (106), Gombak (43) dan Klang (69); sementara di Kuala Lumpur, Cheras (41), Kepong (85), Lembah Pantai (343) dan Titiwangsa (57).

Manakala di Melaka melibatkan Jasin (42) dan Melaka Tengah (65); Seremban, Negeri Sembilan (129); Johor Bahru (73) dan Kluang (86) di Johor; Kuantan, Pahang (76); sementara Kuching (220) dan Kota Samarahan (56) di Sarawak serta Tawau, Sabah (42).

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Jingga (20-40 kes), Zon Kuning (1-19 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,343 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah seluruh Malaysia:

Negeri/Daerah Kes Kes Aktif
Perak
Hilir Perak 65 2
Kinta 94 7
Selangor
Sepang 70 19
Petaling 375 111
Hulu Langat 446 106
Gombak 144 43
Klang 173 69
Hulu Selangor 50 10
Kuala Lumpur
Cheras 85 41
Kepong 157 85
Lembah Pantai 628 343
Titiwangsa 134 57
Putrajaya 64 23
Negeri Sembilan
Seremban 304 129
Rembau 53 2
Melaka
Jasin 68 42
Melaka Tengah 88 65
Pahang
Kuantan 121 76
Jerantut 72 13
Johor
Batu Pahat 53 13
Kluang 222 86
Johor Bharu 192 73
Muar 47 23
Kulai 45 23
Kelantan
Kota Bharu 90 6
Sarawak
Kuching 260 220
Kota Samarahan 62 56
Sabah
Tawau 80 42
Kota Kinabalu 44 18
Lahad Datu 42 10
JUMLAH 4,328 1,813

 

Sumber: BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul