Siakap Keli

Foto ‘Frontliner’ Kongsi Rezeki Dengan Haiwan Terima Pujian Ramai

Pasti ramai diantara kita yang sememangnya terkesan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak pandemik Covid-19.

Sebagai manusia, pasti akan berlegar di fikiran cara untuk mendapatkan wang bagi membeli keperluan seharian. Sungguhpun begitu, pelbagai bantuan yang telah dihulurkan oleh kerajaan untuk membantu orang ramai dalam mengharungi detik sukar ini. Namun bagaimana pula dengan haiwan?

Haiwan adalah antara yang paling terkesan susulan daripada PKP ini. Ianya kerana, kalau secara lazimnya haiwan jalanan ini selalu mendapat bantuan daripada golongan yang prihatin, bagaimana pula dengan nasib mereka kini selepas golongan prihatin ini tidak dapat keluar untuk memberi makan kepada mereka?

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik menerusi Facebook PDRM, terdapat beberapa gambar yang memaparkan wira-wira negara prihatin akan nasib haiwan jalanan ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

PIC OF THE DAY: SIFAT BELAS KASIHAN SEBAHAGIAN IBADAH YANG DITUNTUT

Sifat belas kasihan adalah satu perasaan halus dalam hati yang mendorong manusia melakukan kebaikan bukan sahaja sesama insan, malah makhluk ciptaanNya yang lain.

Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pegawai dan anggota polis barisan hadapan ini, yang turut membantu memberi makanan kepada haiwan jalanan, meskipun sibuk menjalankan tugas menjaga keselamatan sepanjang hari.

Ingatlah, selain tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara, berbakti kepada haiwan juga sebahagian daripada ibadah yang sangat dituntut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet nampaknya memberikan pujian terhadap kedua-dua anggota polis tersebut.

Sumber: PDRM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa