Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richter telah menggegar bahagian pantai timur Jepun awal pagi Isnin, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor CNA.
Pusat gempa itu yang terletak pada kedalaman 41.7 kilometer telah berlaku kurang 50km daripada pantai di wilayah Miyagi, lapor USGS di laman webnya.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pula melaporkan bahawa gempa bumi tersebut bermagnitud 6.1 skala Richter dan pada kedalaman 50 kilometer. Agensi berita Kyodo Jepun menyatakan tidak ada amaran tsunami yang dikeluarkan susulan daripada gegaran itu, yang dilaporkan menggegar pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan.