Siakap Keli

”Kejayaan Hari Ini Adalah Hasil Daripada Barisan Hadapan Negara..” – Dr Noor Hisham

Kejayaan mengekang penularan wabak Covid-19 pada hari ini adalah hasil daripada barisan hadapan negara dan juga perancangan rapi yang dilakukan. (Rujuk minit video 23:28)

Oleh itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengucapkan terima kasih atas usaha semua petugas barisan hadapan terdiri daripada pelbagai agensi seperti kesihatan, polis, tentera, imigresen dan sebagainya.

”Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untu mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan sama ada kesihatan, PDRM, imigresen dan juga angkatan tentera dan mereka yang telah tampil ke depan untuk membantu kita contohnya NGO dan sebagainya.

”Kejayaan hari ini adalah hasil daripada barisan hadapan dan juga perancangan yang rapi. Bagaimana kita dapat melaksanakan perancangan ini dengan cepat dan tepat,” kata beliau.

Tambah Dr Noor Hisham, hasil hari ini juga adalah daripada perancangan rapi yang telah dilakukan sejak empat minggu sebelumnya.

”Sekarang ini kita lihat, hasil hari ini adalah daripada perancangan kita dua minggu dan empat minggu kebelakangan.

Apa yang pasti, dalam tempoh dua minggu lagi apa yang kita rancangkan hari ini akan kita lihat hasilnya dalam tempoh dua minggu lagi,” kata beliau.

Tegas Dr Noor Hisham, adalah penting untuk semua rakyat Malaysia sama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan mematuhi langkah yang telah ditetapkan.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.