Siakap Keli

Lelaki Buat ‘Drive-Thru’ Melalui Tingkap Dapur, Tawar Kopi Percuma Buat ‘Frontliners’

Seorang lelaki California, Ben Ramirez memberikan kopi percuma melalui tingkap dapur untuk penduduk  di kawasan kejiranannya.

Menurut CNN, Ramirez menghasilkan kira-kira 10 hingga 15 cawan sehari. Kebanyakan yang datang unutk mendapatkan kopinya adalah jiran-jiran yang bekerja di sektor penting pada ketika ini.

“Kami mempunyai ramai orang di kawasan kejiranan ini yang bekerja sebagai jururawat, doktor atau pekerja pos. Mereka di luar sana di barisan hadapan mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari. Mereka layak mendapatkan sesuatu supaya mereka selalu gembira melihat kami di pagi hari,” kata Ramirez.

Sesuai dengan garis panduan penjarakan sosial enam kaki, dia memberikan kopi dengan menggunakan lengan gorila mainan, idea yang diberikan anaknya yang berusia lima tahun, Luca.

Gambar: CNN

“Dia sangat bangga dengan kenyataan bahawa itu adalah ideanya.”

Ramirez memulakan kerjanya itu seawal jam 6.30 pagi.

“Kami mempunyai dua anak. Mereka biasanya jam penggera kami,” katanya.

Setelah membuat sarapan pagi untuk anak-anak lelakinya Juno dan Luca, dia akan berada di tingkap dapur dari pukul 8 pagi sehingga tengah hari, memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat, tujuh hari seminggu.

Ramirez menawarkan dua jenis kopi yang berbeza iaitu light roast  dan medium roast. Setiap cawan dibancuh segar.

Menurut CNN lagi, Ramirez telah menjadi pereka selama 20 tahun.

“Saya bekerja dalam bidang teknologi. Oleh itu, saya menguruskan pasukan reka bentuk dan pasukan kreatif, membina aplikasi dan laman web mereka untuk syarikat-syarikat yang ingin memulakan perniagaan.”

Tetapi salah satu impiannya adalah membuka kafe dan syarikat pemanggang kopi.

“Saya telah melakukan banyak latihan untuk mendapatkan sijil dalam memanggang kopi dan barista serta kerja sensori – yang dapat memilih rasa dan kualiti biji kopi,” kata Ramirez lagi.

Gambar: CNN

Sumber: CNN

Adib Mohd

Nur Farra