Pasti ramai diantara kita yang sedang dalam kebuntuan untuk mencari jalan mendapatkan duit tambahan di musim wabak virus ini.
Manakan tidak, akibat daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan, rata-rata daripada kita tidak dapat menjalankan rutin harian kerana khuatir dijangkiti dengan virus yang membawa maut ini.
Usah risau, dengan cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Kell ini, ianya pasti sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari pendapatan lebih melalui platform atas talian. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Aku start agak slow meniaga di shopee. Sebab awal-awal tu aku jual benda tak banyak. Harga barangan jualan aku pun tak tinggi harganya. Jumlah tu pun adalah income, termasuk harga modal. Lepas dah dapat rentak, jualan makin okay. Lagi pun aku buat part time je. Ada yang nak aku ajar tak?
Ada pula permintaan ya. 1st, buat acc seller di shopee ni mudah. Once kau dah ada acc, kau boleh create account shop juga. Kalau memang niat nak meniaga, pastikan nama profile tu nama kedai kau. Contoh: Hana Boutique. Jangan letak HanaBucuk88 pulak. Sebab pastu dah takleh tukar nama profile lagi dah.
Pergi pada ‘Me’, klik ‘My Shop’ untuk create account seller. Kemudian klik ‘Add New Product’ Next, pilih gambar jualan kau nak jual mende. Just nak bagitau, kalau jual vape atau mod untuk cigarette, kat shopee tak keluar barangan nye after kita search.
Barang jualan di shopee pula lebih menarik jika barang adalah New Item, rather than prelove. Ada je orang jual barang prelove, tapi tak laku sangat la di platform ni. Lebih baik gunakan Mudah atau Carousell, etc.
Lepas dah Add Product, isikan details barangan jualan anda. Klik Publish Product. By default, shopee beri masa 2 hari untuk seller pos barang. Kalau barang pre order, minimum 7 hari diberikan. Jika gagal patuhi masa untuk pos barang, rating seller akan turun. Itu kita kena jaga. Jangan lambat-lambat.
Aku amat galakkan untuk korang amik Free Shipping Program Shopee. Selain daripada tak perlu lenguh tangan nak isi borang pos, kos shipping yang pembeli perlu bayar juga adalah lebih murah. Ada courier Poslaju, J&T, DHL dll. Pilih mana yang dekat dan sesuai dengan preference uolls.











