Siakap Keli

“Lepas Dapat Rentak, Jualan…,” Wanita Ini Ajar Buka ‘Shop’ Dalam Talian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai diantara kita yang sedang dalam kebuntuan untuk mencari jalan mendapatkan duit tambahan di musim wabak virus ini.

Manakan tidak, akibat daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan, rata-rata daripada kita tidak dapat menjalankan rutin harian kerana khuatir dijangkiti dengan virus yang membawa maut ini.

Usah risau, dengan cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Kell ini, ianya pasti sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari pendapatan lebih melalui platform atas talian. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Aku start agak slow meniaga di shopee. Sebab awal-awal tu aku jual benda tak banyak. Harga barangan jualan aku pun tak tinggi harganya. Jumlah tu pun adalah income, termasuk harga modal. Lepas dah dapat rentak, jualan makin okay. Lagi pun aku buat part time je. Ada yang nak aku ajar tak?

Ada pula permintaan ya. 1st, buat acc seller di shopee ni mudah. Once kau dah ada acc, kau boleh create account shop juga. Kalau memang niat nak meniaga, pastikan nama profile tu nama kedai kau. Contoh: Hana Boutique. Jangan letak HanaBucuk88 pulak. Sebab pastu dah takleh tukar nama profile lagi dah.

Pergi pada ‘Me’, klik ‘My Shop’ untuk create account seller. Kemudian klik ‘Add New Product’ Next, pilih gambar jualan kau nak jual mende. Just nak bagitau, kalau jual vape atau mod untuk cigarette, kat shopee tak keluar barangan nye after kita search.

Barang jualan di shopee pula lebih menarik jika barang adalah New Item, rather than prelove. Ada je orang jual barang prelove, tapi tak laku sangat la di platform ni. Lebih baik gunakan Mudah atau Carousell, etc.

Lepas dah Add Product, isikan details barangan jualan anda. Klik Publish Product. By default, shopee beri masa 2 hari untuk seller pos barang. Kalau barang pre order, minimum 7 hari diberikan. Jika gagal patuhi masa untuk pos barang, rating seller akan turun. Itu kita kena jaga. Jangan lambat-lambat.

Aku amat galakkan untuk korang amik Free Shipping Program Shopee. Selain daripada tak perlu lenguh tangan nak isi borang pos, kos shipping yang pembeli perlu bayar juga adalah lebih murah. Ada courier Poslaju, J&T, DHL dll. Pilih mana yang dekat dan sesuai dengan preference uolls.

Macam aku, aku amik PosLaju dan J&T sbb dua ni office dia dekat dengan rumah aku. Cuma kalau Poslaju, korang kena isi borang macam ni dulu setiap kali nak pos barang. Kalau J&T mudah sikit, just pass kat kaunter je.
Macam mana nak mohon Free Shipping Program? Isi je borang Free Shipping Program daripada shopee pada acc seller. Nanti ada je button kat situ. Masa process dalam 3 hari ke seminggu. Kejap je.
Lepas dah ship barang kepada pembeli, pembeli dah received, income korang akan masuk dalam Shopee Wallet. Ini contoh wallet updates kita lepas Order Completed. Nak withdraw duit daripada wallet ni pun senang je. Kita boleh keluarkan duit 3 kali secara percuma dalam seminggu.
Jangan risau kalau kedai korang kedai jual baju contohnya, tetiba nak jual mask, tupperware atau nak jual barangan spare part motor pulak. Takpe. Letak je. Lepas tu nanti korang wajib Categorised kan barangan tu, supaya pembeli lebih mudah nak tengok.
Oh ya. Sekarang aku tengah buat Vacation Mode ON. Sebab malas nak keluar-keluar pergi pos barang untuk PKP ni. Aku mematuhi saranan kerajaan untuk duduk rumah diam-diam. Huhu. Korang boleh ubah Vacation Mode tu dalam masa 24 jam. Bukan selang 5 minit ubah, selang 5 minit ubah.
Lupa nak cakap awal-awal tadi, shopee hanya akan release payment kepada seller selepas seller hantar barang, dan pembeli terima. Means, selepas order complete baru payment masuk. Jadi hak pembeli lebih terjamin. Jika ada sebarang dispute, boleh terus emel customer service dia.
Ini contoh consignment note yang disediakan oleh shopee. Kau cuma perlu ada pc/laptop dan printer untuk print 2 copy benda alah ni dan kepilkan pada parcel korang. Satu salinan untuk seller dan satu lagi buyer. Sonang kan takyah nak tulis tangan bagai. Takyah beli sistem apa pun.
Tapi tapi tapi tapi kannnnnn. Takkan free je kan platform dan sistem ni? Heehh. Mestilah ada bahagian yang shopee amik. Around >2%, bergantung pada harga barangan. Contoh: barang ni harga RM10, shopee amik 28sen. So aku dapat RM9.72 saja. Boleh refer transaction fee ni.
Adalah penting untuk kau jaga performance response rate dan sales. Tengok ni ha, semua benda di amik kira. Kalau kau tak jaga benda ni, nanti kau tak akan dikira sebagai preferred seller. Dan bila orang search barang, kedai kau akan duk belakang-belakang je.
Korang jangan down bila tengok sales orang lain dalam masa sebulan dua income dah lebih RM10k. Itu orang lain. Dia maybe jual benda yang harga satu RM100. Sedangkan kau jual benda satu RM10. Sebab income tu adalah termasuk harga modal. Pendapatan kasar. Belom bersih lagi. Lain orang lain.
Ok. Gambar pertama itu adalah consignment note. Benda ni akan dapat dalam bentuk pdf lepas payment confirm by buyer. Kau kena print 2 copy. Masukkan dalam flyers parcel rujuk gambar ke-2. Pastu pi pass kat pejabat courier, (ikut courier masing-masing. Jangan poslaju nye kau hantar kat J&T pulak).
Since dah join Free Shipping Program Shopee tu, requirement dia kau kena ada printer sendiri. Yela. Nak kena print consignment note tu kan. Cehh aku pun semangat la beli printer. Aku pakai HP2676. Boleh print wireless gak. Tapi tak pakai pun function tu. Pakai kabel gak. Ink jimat.
Ini bahan bacaan untuk korang yang nak tahu pasal free shipping program. Ada link siap untuk borang permohonan tu.
Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa