Siakap Keli

Lukisan Dua Beradik Khas Untuk Petugas ‘Frontliner’ Tarik Perhatian Ramai

Petugas barisan hadapan atau lebih dikenali sebagai ‘frontliner’ sememangnya diketahui kini sedang mengerah tenaga mereka dalam perjuangan memerangi wabak pandemik Covid-19 yang telah menjangkiti dan membunuh ribuan manusia di seluruh dunia.

Atas usaha mereka yang tak kenal erti lelah ini, jasa mereka sememangnya tidak dapat dibalas. Pun begitu, banyak pihak-pihak yang prihatin atas jasa dan bakti yang dicurahkan mereka ini terhadap negara dan bertindak memberikan penghargaan.

Bukan sahaja pihak kebajikan dan individu yang prihatin sahaja, malahan golongan kanak-kanak juga turut tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan mereka kepada wira negara ini.

Terbaru, seorang kanak-kanak bernama Areeq Aysar Bin Azizul Akhbar telah mengirimkan satu lukisan hasil air tangannya berkenaan golongan ‘frontliner’ negara untuk menyatakan penghargaannya kepada wira negara atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan ke atas negara pada ketika ini.

Adik Areeq Aysa, yang juga merupakan pelajar tahun 4 di SK Taman Melawati 2 telah mengirimkan lukisannya yang bertajuk “You Are Our Heroes” serta lukisan adiknya yang betajuk “Lets Fight Covid”.

Lukisan tersebut kemudiannya telah dimuat naik oleh satu ciapan menerusi akaun rasmi KKM untuk menghargai usaha yang ditunjukkan oleh adik ini.

Sememangnya golongan ‘frontliner’ ini wajar diberikan penghargaan yang setimpal atas jasa mereka yang telah ditabur bagi memastikan negara dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Syabas dan terima kasih buat semua warga ‘frontliner’ yang sanggup berkorban demi negara. Marilah kita terus berdoa agar wabak ini dapat berakhir dengan secepat yang mungkin.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa