Siakap Keli
Gambar Via Google

“Masak Nasi Banyak Nya,” Isteri Terkilan Suami Persoal Cara Masakan

Dalam alam rumah tangga, hadirnya pelbagai ujian yang akan sentiasa mencabar kesabaran dan kesetiaan setiap pasangan.

Terkadang, si isteri atau suami terpaksa ‘menelan’ pelbagai karenah masing-masing seperti tidak bertolak ansur dan pada satu tahap ia akan  mencetuskan pergaduhan yang besar.

Keadaan ini dialami oleh seorang individu yang berkongsikan satu  kisah di dalam page Kisah Rumah Tangga. Si isteri nampaknya ‘makan hati’ dengan sikap suami yang tidak bertolak ansur dan merungut mengenai cara masakan isteri.

Aku nak berpuasa dengan sebaiknya harini

Harini isteri berpuasa, bermula dengan ingatan dalam hati “Ya Allah peliharakan nafsu aku ye, aku nak berpuasa dengan sebaiknya harini”

menjelang asar, isteri mula memasak apa yang diidamkannya. idaman hati adalah menu hari raya iaitu sambal kacang. terbau wanginya sambal kacang bila disangai nanti.

waktu berbuka tiba, baru satu suapan masuk ke mulut, sang suami marah-marah :
“masak nasi banyak nye !”
walhal cuma 1 cawan yg cukup untuk :
-suami (separuh pinggan)
-saya (separuh pinggan)
-anak baru 2tahun (sesuku pinggan)

dalam kunyahan perlahan, si isteri menerangkan “kalau lebih, esok saya buat nasi goreng, saya tak pernah bazirkan”

masih lagi si suami menarik suara mengatakan nasi dimasak terlalu banyak, dan mula jadi pergaduhan dimeja makan sehingga suami mengatakan isteri pentingkan diri. si isteri berlembut “saya nak buka puasa ni, sudahlah”.. tapi si suami semakin galak tajam dalam bahasanya.

**isteri cukup sekadar 3 suapan dan mula basuh tangan kerana meja makan dah jadi tempat pergaduhan

**si suami rasakan kemenangan dimeja makan

para suami ni tahu tak,
isteri seronok memasak,
selalu dalam kepala “cukup tak ye”
dan bila suami ulang kata “bazir-bazir-bazir”
isteri ketika jamah makanan macam menelan duri. sudahlah isteri hanya surirumah, beras dimasak pn dikatanya membazir.

sudah dijawab “kalau ada lebih akan dibuat nasi goreng esok” tapi masih ulang ulang benda yang sama. dan ini bukan pertama kali si isteri dimarah hanya kerana secawan beras yang menjadi nasi itu.

seorang isteri tu, kalau lh dia mampu, segalanya yang dia mampu, akan diberikan untuk suami dan anak-anaknya, bukan untuk diri dia. tetapi dia tak mampu, yang dia mampu, masakkan untuk kesayangannya, tapi bila hidangan yang dihidang tak dapat menambat hati kesayangannya tetapi dimarah pula tentang harga/nilai masakannya yang rupenye menjadi beban

apa yang tinggal pada “isteri”

tak apa,
mungkin harini Allah suruh isteri ini mengenyangkan diri dengan solat,
cukuplah 3 suapan itu,
teruskan 3 rakaat pula.

Walau bagaimanapun, kisah seperti yang dikongsikan perlulah dijadikan sebagai pengajaran dan teladan kepada semua supaya dapat bertolak ansur terutamanya bagi pasangan suami isteri.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa