Siakap Keli
Gambar; Bernama

Mungkin Kita Boleh Capai Kes Baharu ‘Satu Digit’ Dalam Tempoh Seminggu – Dr Noor Hisham

Kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini berkemungkinan mencapai kes baharu satu digit dalam tempoh sekurang-kurangnya satu minggu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham. (Rujuk minit video 20:20)

Menurut beliau, walaupun kes positif hari ini mencatatkan jumlah yang paling rendah, namun amalan yang dipraktiskan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu terus dilakukan supaya negara dapat mencapai angka jangkitan satu digit.

”We need to continue what we did in MCO one and two, and hopefully by doing so we can bring down the figure.

”Today is 36 cases among the lowest, but we want to see a single digit. Maybe we can achieve the single digit wtihin one week,” kata beliau.

Oleh itu, kata Dr Noor Hisham, semua rakyat harus bekerjasama memutuskan rantaian Covid-19 dengan duduk di rumah masing-masing walaupun PKP telah ditamatkan, melainkan terdapat sebarang urusan penting.

Hari ini, negara mencatatkan pertambahan kes jangkitan baharu terendah sejak PKP dilancarkan pada 18 Mac lalu, iatu hanya 36 kes dengan tiada kematian direkodkan.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)