Siakap Keli
Foto: KKM

Perjuangan Masih Berterusan, Rakyat Jangan Ambil Mudah – Dr Noor Hisham

Walaupun jumlah penularan kes positif Covid-19 semakin rendah, Dr Noor Hisham menasihatkan rakyat supaya tidak ambil mudah dengan jumlah tersebut dalam persidangan media Perkembangan Terkini Covid-19 sebentar tadi.

Katanya, perjuangan masih berterusan walaupun jumlah positif semakin berkurang. (Rujuk video ke minit 04:50)

“Perjuangan kita masih berterusan pastinya masih belum tamat…”

Selaras dengan penurunan Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menegaskan dan mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk tidak mengambil mudah serta merasa selesa dengan keberkesanan pengekangan Covid-19 yang docapai setakat ini. 

Perjuangan kita masih berterusan pastinya masih belum tamat. Teruskan usaha membantu kerajaan bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat dibendung dan diputuskan dengan mengikut saranan kerajaan untuk duduk dirumah.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang