Siakap Keli
Foto: Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Menangis, Berbelas Anak Tak Sekolah Tinggal Dengan Atuk Yang Diserang Strok

Siapa yang tidak kenal seorang insan yang berhati mulia, seorang mualaf yang cekal memberi pertolongan kepada semua orang tidak kenal usia malah bangsa dan agama, Ustaz Ebit Lew.

Melalui perkongsiannya di laman Facebook rasminya, beliau berkongsi kisah yang paling menyayat hati semua orang dimana seorang atuk yang uzur terpaksa menjaga beberapa orang cucu yang masih kecil tinggal bersamanya. Hanya Allah saja dapat balas baik budi hati Ustaz Ebit dan insan-insan disampingnya.

“Hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer

Menangis akhirnya sampai Alor Setar. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini..hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.

Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya..

Saya bawa pakcik pindah yer. Nak. Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar.

Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yerlah saya faham. Hati saya sedih sangat.

Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insyaAllah dan selagi mereka sesuai disitu. Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.

Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

Selepas Ustaz Ebit Lew memuat naik beberapa keping gambar di Facebooknya, tampil pihak masjid Al Irfan memberi penjelasan mengenai bantuan yang diterima oleh keluarga ini.

Assalamualaikum
Mengenai post oleh Ustaz Ebit Lew berkenaan lawatan beliau ke sebuah keluarga fakir miskin dalam kariah Masjid Al-Irfan Derga sehingga menimbulkan persoalan bahawa pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk Masjid Al-Irfan Derga mengabaikan keluarga ini.

Disini Masjid Al-Irfan Derga ingin memberi beberapa penjelasan.

1. Keluarga ini menerima bantuan bulanan berupa wang ringgit oleh pihak LZNK, JKM termasuk dari Masjid Al-Irfan Derga sendiri, jadi kenyataan bahawa mereka diabaikan oleh pihak2 berkenaan adalah tidak benar.
2. Keluarga ini juga turut ditawarkan rumah Asnaf yang lebih selesa oleh pihak LZNK namun ditolak oleh keluarga ini atas alasan tertentu .
3. Keluarga ini sudah mendiami kawasan tersebut sejak sekian lama, walau bagaimanapun tanah yang didiami itu bukan milik mereka. Jadi ini sekaligus menyukarkan pihak LZNK dan yang berkenaan untuk membina rumah bagi keluarga ini diatas tanah tersebut.
4. Bahkan semasa PKP ini, keluarga ini turut menerima bantuan bekalan makanan dari pihak Masjid Al-Irfan Derga yang disampaikan melalui Bendahari Masjid, Tuan Haji Osman yang mewakili Tuan Imam, Ustaz Abdul Hadi .
5. Diharap agar masyarakat terutamanya tidak sewenang2 menuduh atau memberi tohmahan bahawa keluarga ini diabaikan oleh pihak yang berwajib.
6. Usaha Ustaz Ebit dalam membantu mereka yang memerlukan merupakan satu usaha yang mulia dan terpuji, walau bagaimanapun semoga Ustaz dapat berhubung dengan pihak yang berwajib terlebih dahulu untuk mendapatkan info sahih mengenai yang memerlukan ini.

Mohon disebarkan untuk pengetahuan umum
-Admin-

Sumber: Ebit Lew, Masjid Al Irfan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)