Siakap Keli

(Video) Dakwa Seorang Diri Di Rumah, ‘Entiti Misteri’ Dipercayai ‘Jenguk’ Lelaki Menari Dirakam Kamera

Seorang individu yang memuat naik video tariannya di satu aplikasi hiburan telah menjadi tular selepas warganet mendakwa bahawa terdapat satu entiti misteri yang sedang mengintai perbuatannya itu semasa dia sedang menari.

Lelaki berkenaan telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menari sambil memasang lagu yang bertajuk Say So. Menurutnya, ketika video tersebut dirakamkan, tiada orang lain yang berada di rumah selain dirinya. Dia juga menyatakan bahawa dia tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Pada awalnya, video tersebut kelihatan seakan video tarian normal seperti yang lain sahaja. Namun video tersebut mula menarik perhatian warganet selepas sebuah entiti misteri yang bergerak dikesan di sebuah sudut gelap di tangga rumah lelaki tersebut ketika dia sedang asyik menari.

Pada sekitar empat saat, penampakan entiti misteri itu dilihat muncul di kawasan tangga rumah lelaki berkenaan sebelum ianya hilang. Video tersebut telah menjadi tular dan setakat ini telah ditonton sebanyak 1.7 juta kali oleh warganet.

“Anda semua nampak tak tu?? Dekat belakang dia??,” tulis salah seorang warganet.

Lelaki itu yang mempunyai lebih daripada 54,000 pengikut di aplikasi tersebut, kemudiannya telah memuat naik satu kemas kini berkenaan dengan video tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas keprihatinan mereka.

“Saya sedang sakit perut sekarang dan tidak dapat tidur sepanjang malam,” tulisnya.

Dia turut menambah dengan menyatakan “saya perlukan jawapan!”

Dia kemudiannya memberitahu kepada mereka yang menonton video tersebut bahawa dia kini sedang cuba untuk tidur, dan berjanji akan kembali untuk menjawab segala persoalan yang diajukan dalam ruangan komen video berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa