Siakap Keli

Cadangan Solat Terawih Berjemaah Secara ‘Live Video’ Di Masjid, Ini Jawapan Dr Zul Bersama Emoji ‘Ketawa’

Wabak Covid-19 yang ‘menyerang’ hampir seluruh negara di dunia termasuk Malaysia, ternyata melumpuhkan kehidupan yang dijalani oleh kita sebelum ini. Banyak kebiasaan perlu diubah termasuklah tiada lagi aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai, penjagaan jarak sosial dan sebagainya.

Terbaru, pelaksanaan akad nikah dalam talian atau melalui sidang video ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diadakan baru-baru ini.

Ianya bagi memudahkan pasangan pengantin berikutan situasi semasa penularan wabak Covid-19 yang berlaku di negara ini.

Namun begitu, timbul pula cadangan oleh segelintir individu mengenai pelaksanaan solat terawih berjemaah secara ‘live’ video di masjid dan surau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui akaun Twitter rasmi beliau, @drzul_albakri, menjawab persoalan tersebut.

Beliau secara ringkas berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan diikuti dengan emoji ‘ketawa’.

Hantaran tersebut yang mendapat 1.8k tanda suka dan 985 ulang kicau dalam tempoh beberapa jam dimuat naik, ternyata menarik perhatian ramai warganet.

”Islam tu mudah. Tapi tak boleh la kita ambik mudah,” kata seorang individu.

Sumber: Twitter @drzul_albakri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)