Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Kes Positif Turun Bukan Bermakna Boleh Ingkar PKP – Ismail Sabri

Kes positif COVID-19 dalam negara yang terus menunjukkan penurunan bukan bermakna orang ramai boleh melanggar segala peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan, segala peraturan selama ini masih terus kekal dan pematuhan kepada peraturan berkenaan perlu menjadi tanggungjawab semua pihak.

“Polis akan terus ambil tindakan kepada setiap individu yang melanggar PKP. Kita jangan lupa ada sesetengah negara yang melonggarkan sekatan apabila kes berkurangan tetapi akhirnya berlaku peningkatan kes positif menyebabkan mereka terpaksa bukan sahaja mengisytiharkan PKP tetapi ada negara isytihar darurat dan sebagainya.

“Saya harap perkembangan baik ini boleh dijadikan perkara positif supaya kita bertindak dengan lebih tegas lagi untuk diri kita supaya mematuhi setiap arahan PKP, setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan dan patuhi setiap perintah,” katanya pada sidang media harian perkembangan PKP di sini, hari ini

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right