Siakap Keli
Foto: Twitter Slash

“Dah 20 Tahun Tak Jumpa, Aku Rindu Dia,” Anak Rayu Netizen Bantu Cari Ayah Yang Lama Menghilang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ini takdir yang perlu dilalui oleh seseorang yang rindukan pelukkan kasih sayang seorang ayah. Pastinya mereka merindui bapa yang menjadi orang pertama azan ditelinga kita setelah dilahirkan di dunia. Namun, mereka ini mempunyai kekuatan yang cukup teguh untuk menanggung perasaan rindu yang belum pasti pengakhirannya.

Seorang lelaki tampil di laman Twitternya, Slaaassh yang sedang menjejaki bapa kandungnya yang dikatakan terpisah setelah ibu bapanya tidak bersama lagi. Sejak dari itu, dia tidak lagi berjumpa dengan ayah tercinta.

“Aku dah lebih 20 tahun tak jumpa dia…”

Mama dan ayah aku bercerai dari aku kecil lagi. Sebab apa tu aku pon tak pernah tanya. Aku ingat je moment dengan dia masa kecik, ingat-ingat lupa lah..

Katanya lagi semasa dihubungi SK, sekarang dia menetap bersama ibunya. Sudah lama mencari ayah kandung namun tiada hala tuju ke mana ingin mencarinya. Maklumat ayahnya kebanyakan sudah hilang kerana mereka sering berpindah.

Dia juga ada menceritakan bahawa nama yang unik ini diberi oleh ayah tercinta kerana ayahnya meminati kumpulan rock antarabangsa.

Aku nak sangat jumpa dia… nak peluk dia 

Nama sebenar Slash Zuindra bin Haizal. Ayah kandung saya yang bagi tu, ramai yang bertanyakan kenapa nama saya macam tu. Ini kerana ayah saya tu dia minat dengan kumpulan ‘Guns and Roses’. 

Saya harap ‘goal’ untuk cari ayah dapat menjadi impian paling terindah dalam hidup saya.

Jadi, to anyone who concern dalam twitterjaya ni, please. Do your power gais. Truly aku nak sangat jumpa dia, nak peluk dia. Nak cakap yang aku rindu gila kat dia.

Rata-rata yang komen memberi kata-kata semangat kepada lelaki ini dengan usahanya, suatu hari nanti dia akan bertemu dengan ayah tercinta.

 

Sumber: Slash Zuindra

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang