Siakap Keli

Kanak-Kanak Dua Tahun Dilaporkan Maut Lepas Dipercayai Terminum Cecair Pembasmi Kuman Yang Disangka Air Minum

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas dikatakan terminum cecair pembasmi kuman.

Kanak-kanak lelaki tersebut dilaporkan dalam keadaan kritikal dan telah dirawat di unit rawatan rapi RSUD Palabuhanratu sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Isnin (20/4/2020).

Ketika kejadian, ayah kepada kanak-kanak itu yang bertugas sebagai sukarelawan sterilisasi baru sahaja menerima cecair pembasmi kuman daripada petugas BPBD untuk digunakan di kawasan tempat tinggalnya.

Setelah menerima cecair tersebut, dia terus menggunakannya untuk menyembur di kawasan masjid yang terletak tidak jauh daripada rumahnya.

Lebihan cecair tersebut kemudiannya telah dituangkan ke dalam sebuah botol air minuman lalu disimpankan ke bawah kerusi di rumahnya.

Kemudian anaknya yang baru selesai bermain dengan neneknya itu pulang ke rumah.

“Mungkin dia haus, lalu dia beritahu kepada neneknya, nenek saya mahu minum air, dia kemudiannya telah mengambil lebihan cecair pembasmi kuman yang disimpan di dalam botol tersebut dan meminumnya,” katanya.

Sebelum itu, mangsa sempat dilarang terlebih dahulu daripada meminum air dari botol air mineral tersebut. Namun, dia tetap meneguk air tersebut.

Menurutnya, ketika itu keadaan anaknya terus menjadi kritikal. Dia kemudiannya terus bergegas membawa anaknya itu ke hospital.

Sampai sahaja di hospital, petugas kesihatan menyatakan bahawa mangsa perlu segera dirawat di unit rawatan rapi.

Kerana keadaan mangsa semakin memburuk, para petugas kesihatan kemudiannya bertindak memasang alat bantuan pernafasan kepadanya.

Namun setelah beberapa jam diberikan rawatan, mangsa tidak dapat diselamatkan dan telah dilaporkan meninggal dunia.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa