Siakap Keli
Gambar: Sakshi Post/ Global News

Keluar Hadiri Pengebumian, Sekitar 100,000 Orang Ingkari Perintah Berkurung Di Bangladesh

Lebih daripada 100,000 orang mengingkari perintah berkurung di Bangladesh pada Sabtu lalu untuk menghadiri pengebumian seorang pemimpin kanan parti Islam di daerah Brahmanbaria, lapor CNN.

Anggaran jumlah orang ramai itu telah disahkan oleh pembantu khas Perdana Menteri, Shah Ali Farhad dan jurucakap polis Brahmanbaria, Imtiaz Ahmed.

Pengebumian seorang  guru Islam, Maulana Zubayer Ahmad Ansari itu telah melanggar perintah di negara itu yang tidak membenarkan lebih dari lima orang menghadiri solat pada satu-satu masa kerana takut akan menyebabkan berlakunya penularan Covid-19.

Puluhan ribu orang membanjiri jalan-jalan ke daerah Brahmanbaria serta berjalan dari kawasan sekitar untuk menghadiri pengebumian tersebut.

Pihak polis tidak dapat mengawal orang ramai dan mengakibatkan pegawai yang bertugas dan penolong penguasa didakwa dipecat serta satu jawatankuasa dibentuk untuk memulakan siasatan mengenai bagaimana orang ramai itu diizinkan berkumpul.

Sehingga Ahad lalu, Bangladesh mencatatkan 2,456 kes positif Covid-19  dengan 91 kematian.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa