Siakap Keli

Lebih 2.4 Juta Orang Dijangkiti Covid-19 Seluruh Dunia, Amerika Syarikat Paling Ramai

Angka jangkitan Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 2.4 juta melalui perkongsian daripada laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam pada itu, jumlah kematian akibat wabak pandemik ini juga telah melebihi 160,000 atau jumlah peratusan iaitu 6.87% mangsa daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19. Menurut jadual yang dikongsikan, Amerika Syarikat antara yang paling tinggi jumlah kematian iaitu seramai lebih 40,000 mendahului negara Sepanyol dan Itali.

Jika anda lihat dalam statistik ini untuk negara Asean, Singapura (8014 kes) antara yang tertinggi jumlah kes positif dan diikuti dengan Indonesia (6575 kes). Dalam pada masa yang sama, Indonesia mencatat jumlah kematian yang tertinggi di Asean.

Jumlah kes sembuh yang tertinggi di Asean adalah Malaysia dengan catatan sebanyak 3,295 atau bacaan peratusan  60.74% daripada jumlah keseluruhan kes positif.

Jumlah statistik ini telah dikemakini pada 20 April 2020. Seluruh masyarat dunia mengharapkan wabak pandemik ini akan beransur pulih seperti sedia kala.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang