Siakap Keli

Ramadan Kali Ini Tentu Berbeza, Saya Tiada Peluang Berbuka Di Masjid Bersama Anda – PM Singapura

Berikutan dengan lanjutan Pemutus Rantaian empat minggu lagi hingga 1 Jun 2020, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadan kepada para penduduk beragama Islam di Singapura.

Dalam video yang dikongsikan ini, ‘netizen’ bukan sahaja tertarik dengan pengumuman yang disampaikan dalam bahasa Melayu bahkan kata-kata semangat beliau kepada penduduk di Singapura juga membuatkan ramai yang terharu.

“Pastikan bulan Ramadan kali ini tidak kurang hebatnya dan bermakna”

“Ramadan kali ini tentunya berbeza daripada tahun-tahun sudah…Nampaknya saya tak ada peluang untuk berbuka puasa di masjid bersama-sama anda. Sayang sekali tetapi saya difahamkan para Asatizah dan para masyarakat Islam kita penuh semangat untuk pastikan bulan Ramadan tahun ini tidak kurang hebatnya dan bermakna.”

“Banyak wadah di media sosial membimbing umat Islam untuk bulan Ramadan ini… Inilah tugas paling penting kami selagi situasi wabak Covid-19 ini tidak tercapai, bersama-sama kita boleh mengatasi wabak ini…”

 

Sumber: DaulTGM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang