Siakap Keli
Gambar: Anadolu Agency

COVID-19: Singapura Catat 1,016 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Melebihi 10,000

Dengan pertambahan 1,016 kes baharu yang dilaporkan setakat Rabu (22 April) tengah hari tadi, jumlah kes Covid-19 yang dicatatkan di Singapura kini telah melebihi 10,000 kes.

Sebahagian besar kes baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja asing, kata Kementerian Kesihatan Singapura.

15 kes yang lain pula adalah warga Singapura atau penduduk tetap.

Pertambahan kes baru itu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan yang dicatatkan di Singapura setakat ini meningkat kepada 10,141 kes.

“Kami masih lagi meneliti perincian kesemua kes, segala perkembangan lanjut akan kami kongsikan melalui siaran media MOH yang akan dikeluarkan malam ini,” kata kementerian tersebut.

Sumber: CNA

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa