Siakap Keli

Dipercayai Hanya Kerana Lapar, Seorang Lelaki Didakwa Tergamak Bunuh Dan Masak Kaki Teman Wanitanya

Seorang lelaki berusia 41 tahun di Ukraine dilaporkan mengaku membunuh dan memasak kaki kekasihnya kerana lapar ketika sedang berparti bersama.

Suspek yang didakwa merupakan seorang kanibal itu dikatakan sedang menggoreng dan memakan kaki mangsa ketika polis membuat serbuan di rumahnya yang terletak di bandar Kryvyi Rih.

Menurut polis, suspek dan teman wanitanya yang berusia 50 tahun itu dipercayai sedang mengadakan pesta keramaian di rumahnya pada 13 April.

Semasa sesi minum, suspek telah bertindak mengambil pisau di dapur dan mengelar leher wanita tersebut sehingga mati, kata detektif.

Selepas memeriksa wanita itu untuk memastikan kematiannya, suspek dilaporkan telah memotong bahagian kaki mangsa dan memasukkan anggota tubuhnya yang lain ke dalam sebuah guni.

Pada sebelah malam pula, suspek telah mengheret guni tersebut sekitar 500 meter dari rumahnya dan menyembunyikannya di dalam semak yang berdekatan dengan sungai Inhulets, lapor media tempatan.

Baki anggota tubuh badan mangsa yang disorok itu telah dijumpai oleh sebuah keluarga yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Bapa kepada keluarga tersebut menyatakan kepada media tempatan: “Kami (dia dan anak-anaknya) sedang mencari tempat untuk memancing sebelum menemui guni itu.

“Saya ternampak seakan anggota tubuh manusia yang terkeluar daripada guni itu dan terus melaporkan kepada pihak polis.”

Penduduk setempat segera mengenal pasti mangsa dan memberitahu polis alamat teman lelakinya itu.

Suspek kemudiannya ditangkap selepas pegawai polis yang berkunjung ke rumahnya mendapati bahawa suspek sedang menggoreng daging dari kaki mangsa sebelum memakannya.

Laporan tempatan menyatakan bahawa polis tersebut tidak dapat menahan perasaannya selepas menyaksikan kejadian ngeri itu.

Suspek menyatakan kepada pihak polis bahawa dia “memasak kaki kekasihnya dan memakannya kerana lapar”, lapor media Ukraine.

Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan ke atas suspek tersebut atas dakwaan membunuh, yang mana kemudiannya diakuinya.

“Suspek telah menikam wanita itu dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan kematian.

“Dia telah memotong kaki mangsa dan memasukkan bagi anggota badan mangsa itu ke dalam sebuah guni.

“Dia kemudiannya mengheret guni tersebut ke kawasan sungai berdekatan dan meninggalkannya di dalam semak,” ujar pegawai polis, Sergey Lukashov.

Suspek kini telah berjaya ditahan dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika didapati bersalah atas tuduhan yang dihadapinya.

Siasatan masih lagi giat dijalankan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa