Siakap Keli
Gambar: Bernama

Dua Warga Asing Ditahan Seludup Rokok, Cuba Sogok Polis

KOTA KINABALU, 22 April  —  Dua lelaki warga asing ditahan kerana menyeludup rokok serta cuba menyogok pegawai polis bagi mengelak ditahan ketika operasi di Jalan Ulu Putatan, dekat sini, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan, berkata dalam rondaan kira-kira jam 3.30 petang itu, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menahan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat dua lelaki warga Pakistan berada di dalam kereta berkenaan dan suspek gagal menyatakan tujuan pergerakan mereka ketika tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa kotak rokok disyaki barang seludup dan mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen pembelian bercukai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan suspek juga cuba menyogok sebanyak RM7,000 agar dilepaskan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, malam tadi.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek berusia 29 dan 35 tahun Itu berperanan sebagai penjaga kedai dan juga penghantar serta mengedarkan rokok disyaki seludup ke kedai di sekitar kawasan Putatan.

“Turut dirampas wang tunai RM37,409 dan kereta dinaiki suspek. Jumlah keseluruhan rampas bernilai RM109,409,” tambahnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kedua-dua suspek akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.