Siakap Keli

‘Food Runner’ Kecewa Pelanggan Order Banyak Tapi Beri Alamat Palsu

Seorang penghantar makanan di Singapura mendakwa bahawa dirinya telah ditipu selepas pelanggan yang membuat pesanan tersebut memberi alamat palsu.

Penghantar makanan tersebut menerusi perkongsian di akaun media sosialnya mendedahkan bahawa, individu yang tidak bertanggungjawab itu akan membuat satu pesanan yang banyak sebelum memasukkan alamat orang lain dalam pesanan berkenaan.

Individu itu juga akan memilih cara bayaran dibuat secara ‘COD’ sebagai taktiknya yang didakwa untuk mengenakan penghantar makanan yang ditugaskan untuk menghantar pesanan tersebut.

Penghantar makanan yang tidak tahu akan taktik licik individu tersebut akan terus menghantar pesanan itu ke alamat yang dinyatakan.

Setibanya di alamat tersebut, penghantar makanan itu mendapati terdapat satu notis yang dilekatkan di rumah berkenaan.

“Kepada semua penghantar barangan, sila ambil maklum bahawa kami tidak pernah membuat sebarang pesanan parcel, kami tidak pernah memesan apa-apa makanan langsung.

“Jadi, jangan ketuk atau tekan loceng pada pintu kami kerana rumah kami kini sedang dalam pemerhatian pihak polis.

“Satu laporan polis juga telah dibuat dan anda kini sedang diperhatikan oleh kamera CCTV kami. Untuk bekerjasama dalam siasatan pihak polis, anda dinasihatkan untuk beredar daripada sini,” tulis notis tersebut.

Menurut penghantar makanan itu lagi, penghuni alamat tersebut juga merupakan salah seorang mangsa yang dikenakan oleh individu tersebut.

Ini kerana, sudah banyak kali penghantar barangan serta makanan telah mengetuk pintu rumahnya untuk menghantar pesanan yang dipesan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Pihak polis telah pun dimaklumkan berkenaan perkara itu dan satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu tersebut.

Sumber: Facebook

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa