Siakap Keli
Foto: Harith Faisal

Hilang 10kg Sepanjang 30 Hari PKP, Lelaki Ini Kongsi Cara Diet “Slow And Steady”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan mudah untuk sesetengah orang yang sanggup turunkan berat badan untuk tampil berkeyakinan dalam kehidupan mereka. Ada juga yang bertubuh kecil tetapi cara makan ibarat tiada hari esok, namun badan mereka tetap kecil. Lain pula bila seseorang yang bertubuh besar sejak kecil, pasti akan terasa ‘struggle’ untuk turunkan berat badan.

Bukannya mudah untuk seseorang itu hilangkan lemak yang sudah bertahun berada di dalam tubuh mereka. Katanya “sayang nak buang lemak-lemak yang telah lama terkumpul.” Tambah-tambah lagi sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah pasti ada masa untuk masak makanan kegemaran.

Seorang pengguna Facebook, Harith Faisal kongsi rahsia turun berat badan sebnayak 10 kilogram dalam tempoh 30 hari PKP. Bukannya mudah dengan ‘dugaan’ isteri kerana setiap hari masak yang sedap-sedap. Tetapi, pemuda ini terus cekal hilangkan lemak ‘degil’ 10kg dan ini tips yang menarik dikongsikan untuk korang semua.

Masa sekolah rendah dulu saya ni gemuk. Memang selalu kena ejek “gemuk” dengan kawan-kawan. Start sekolah menengah duduk asrama, terus kurus sampai kahwin. Lepas kahwin, naik 20 kg dalam masa 3 tahun. 

Tiba-tiba saya dapat lost 10kg dalam 30 hari PKP ni. Tak strict sangat cara saya turun 10kg ni. Iya! Semua orang boleh buat. Cuba kau bayangkan kau angkat beras 10kg. Berat tak? Hah! Berat macam itulah hilang dari badan saya.

Bahagia rasa. Saya tak plan nak diet pun sepanjang PKP ni sebenarnya. Dalam fikiran sama macam orang lain, “Confirm berat naik sebab kat rumah asyik nak buka peti ais je”.

Tapi entah macam mana, saya cuba-cuba, boleh pula konsisten turun berat setiap hari. Rezeki. Sepanjang PKP ni, purata berat saya turun 300gram hingga 350gram setiap hari. Saya mula dengan berat 82kg masa 1st day PKP, sekarang dah 72kg pada 30th day PKP. Tip yang saya amalkan, semua boleh tengok kat semua gambar yang saya share tu ye.

Saya ada share:

1. Menu harian
2. Bila cheatday
3. Bila lapar sangat makan apa
4. Tip timbang berat
5. Tip simpan sayur tahan lama
6. Minum air apa selalu
7. Nak buat apa kalau berat tak turun
8. Kambing sebagai motivasi. Ha!

Ada baki lagi seminggu untuk biasakan badan, kemudian dah masuk bulan Ramadhan. Dalam seminggu tu kau boleh turun 300g x 7 = 2.1kg. Okay sangat. Lepas tu, masuk saja bulan Ramadhan lagilah senang turun berat badan. 

Iyalah, tahun ni, no more bazar Ramadhan, buffet hotel, iftar dengan company dan kawan-kawan dan juga moreh. Saya memang dah turun 10kg. Tapi, ada lagi 8kg saya nak buang dari badan saya ni.

8,000g / 300g = 27 hari

Gigih kira. Haha! Okay, perlukan lagi 27 hari untuk dapatkan berat badan idaman saya. Ini antara gambar resipi untuk dijadikan sebagai rujukan.

Slow and steady. Ramai ke yang nak follow journey saya untuk lost another 8kg ni?

Kalau ramai, saya akan keep sharing dalam FB story dan posting FB saya. Kalau tak ramai, saya simpan seorang je lah ye. 😅

Semoga ramai dapat manfaat daripada sharing saya ni. Tolong bagi kawan-kawan dan keluarga baca sekali ya.

 

 

Sumber: Harith Faisal

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang