Siakap Keli
Foto: Jabatan Perikanan Malaysia

Ikan Lumba-Lumba Mati Di Pantai Serandu Bukan Akibat Pukat Nelayan

KUANTAN, 22 April – Bangkai ikan lumba-lumba yang ditemukan terdampar di Pantai Serandu, Pekan dekat sini semalam, dipercayai bukan mati akibat tersangkut pukat nelayan.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Abdullah Jaafar berkata punca kematian ikan dipercayai spesies Indo-Pacific humpbacked dolphin (Sousa chinensis) itu bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti kerana keadaannya yang sudah mereput.

“Keadaan itu juga menyebabkan kami tidak dapat memastikan jantina ikan yang berukuran 244 sentimeter dengan anggaran berat 170 hingga 200 kilogram tersebut.

“Kami menjangkakan ikan itu telah mati untuk tempoh kurang daripada seminggu, namun tidak diketahui sama ada mati di laut atau darat,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Abdullah berkata penemuan ikan itu diketahui menerusi laman Facebook dan kakitangan jabatan di Pekan telah membuat siasatan sebelum menanam bangkai ikan itu di pantai tersebut.

https://www.facebook.com/perikananpahang/posts/541507893215171?__xts__[0]=68.ARA6esnWGzT3KtoWCTiWmshA1gggClL3tGDBmKWwfPeBlFgXulAhDvStCNWnkbb3iACdBH4MXbmAZBS2hT7xG0LbxHoPgfJq5QLH4xFBTCuajKyXIy9oyJXrYjHsUpeDsrUxiHemRoqjyj2gAscHVWQLANylnpk5WdPoCuBZptiWyJGfzXIPwhCka2VQWVxYHE3F8IL0AaTMAwsbo6INMzbW5PYpzLqBrcD47uu1HD_wmuR6Fb20lLMkvnhsXEceuc_9iUxpzDedzHLQGcAQcBeMvKeqr62HSh4oEZFXsB3bs4jRnjh1mpEdiA0pzReva-7T3DtFhFpIVMHsgekMVhk&__tn__=-R

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.