Siakap Keli

Tak Puas Hati Dengan ‘Kuasa’ Di Rumah, Anak Buat Kontrak, Ugut Isytihar ‘Perang’

Sepanjang perintah berkurung ini, banyak sebenarnya kebaikan yang kita dapat, antaranya meluangkan masa bersama anak-anak di rumah.

Pastinya, ibu bapa yang sekarang ini berada di rumah sepenuh masa melihat pelbagai karenah anak-anak sepanjang tempoh ini.

Sama ceritanya dengan perkongsian daripada Farhad Manjoo, dimana dia berkongsi gambar ‘kontrak’ dipercayai ditulis oleh anaknya yang perlu dipersetujui demi memastikan ‘keamanan’ rumah mereka.

Posting ini telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata terhibur dengan keletah anaknya.

Melalui surat tersebut, anak-anaknya meluahkan keinginan mempunyai ‘kuasa’ di dalam rumah.

“Kami inginkan sedikit kuasa di rumah ini. Contoh, mengawal waktu tidur, masa kami menonton televisyen.”

“Jika kamu tidak bersetuju untuk menandatangani surat ini, kami akan istyihar perang.”

Gambar: Farhad Manjoo

Sehingga kini, tweet tersebut telah mendapat lebih 3 ribu retweet dan 36 ribu likes di Twitter.

Sumber: Farhad Manjoo

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.