Siakap Keli
Kredit: Google

Tiada Jangkitan COVID-19 Di Depot Tahanan Imigresen Seluruh Negara -KP Imigresen

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) –Tiada jangkitan wabak COVID-19 di 14 depot tahanan imigresen di seluruh negara setakat ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata saringan awal pemeriksaan COVID-19 telah dilaksanakan terhadap warga asing yang ditahan sebelum atau selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami bekerjasama dengan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia membuat saringan awal gejala COVID-19 seperti batuk, selesema dan juga pemeriksaan suhu badan bagi tahanan yang baru mendaftar masuk serta tahanan sedia ada.

“Selain itu, kesemua pelawat asing tidak dibenarkan melawat depot tahanan bagi mengelakkan timbul kluster COVID-19 yang baharu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Khairul Dzaimee juga berkata semua depot tahanan imigresen di negeri-negeri telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak bomba di negeri masing-masing melakukan proses sanitasi keseluruhan depot.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.