Siakap Keli

(Video) Dugaan Sambut Ramadan, Langkawi Dilanda Ribut, Hospital Dipercayai Turut Terjejas

Pokok tumbang dan bumbung rumah diterbangkan angin ribut yang dipercayai melanda sebuah perkampungan di Langkawi lewat petang tadi beberapa hari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan yang mulia. (22 April 2020)

Dikatakan kejadian berlaku pada petang tadi 22 April 2020 di sebuah perkampungan di Kampung Makam Mahsuri dan di Bukit Temin yang menyebabkan rumah dan kedai runcit terjejas serta pokok tumbang menghalang laluan jalan raya.

Bukan itu sahaja, melalui laman Langkawi Viral menunjukkan keadaan di Hospital dalam sebuah wad dibadai angin kuat menyebabkan siling runtuh.

Setakat ini masih tiada maklumat terperinci mengenai kejadian ini. Harapnya semua penduduk yang terjejas tabah hadapi ujian ini.

Menerusi kiriman daripada seorang penduduk di Langkawi, Sharafi Sharnudin menunjukkan persekitaran sebuah rumah dihempap pokok akibat ribut.

“Ujian untuk kami..lagi bapa hari lagi nak posa(puasa)…”

 

Sumber: Langkawi Viral, Penduduk Langkawi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang