Siakap Keli

(Video)’Pomen’ Di Sungai Penchala Ini Rupanya Mekanik Bertaraf Dunia, Beliau Kongsikan ‘Rahsia’ Jadikan Motosikal ‘Padu’

Pengunaan motosikal terutamanya di atas jalan raya sememangnya memberikan banyak kemudahan kepada ramai orang. Apa tidaknya, selain dapat mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan, menunggang motosikal secara jelasnya juga dapat menjimatkan perbelanjaan dalam pelbagai sudut.

Pun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa sekiranya motosikal tidak dijaga dengan rapi, berkemungkinan perbelanjaan yang bakal dikeluarkan boleh mencecah ribuan ringgit. Perkara ini sudah pasti membebankan kerana penggunaan motosikal adalah bagi menjimatkan perbelanjaan dan bukannya untuk membuatkan pengguna ‘pening kepala’.

Penyelenggaraan atau persediaan sesebuah motosikal nyatanya sangat penting untuk diambil berat oleh setiap penunggang. Perkara ini kerana kemalangan jalan raya juga boleh berlaku dan berpunca daripada keadaan motosikal itu sendiri yang tidak diselenggara dengan baik. Oleh itu, setiap penunggang motosikal terlebih dahulu perlu mengetahui keperluan utama bagi setiap motosikal bagi memastikan jentera itu bergerak dengan ‘smooth’ dan selamat.

Pelumba Superbike pun belajar cara ‘servis’ moto

Yulina Tan Jade, seorang pelumba Superbike wanita tempatan yang pernah beraksi dalam beberapa kejohanan turut mengambil berat mengenai ‘rahsia’ persediaan motosikal. Tak kan lah kita sebagai ‘rider’ biasa ni nak abaikan aspek penting tersebut. Yulina yang hadir di sebuah bengkel yang terletak di Sungai Penchala, Kuala Lumpur mendapatkan khidmat nasihat seorang mekanik bertaraf dunia mengenai penjagaan motosikal.

Habibtullah Mohd Fuad, mekanik professional di persada MotoGP ada berkongsikan tiga petua persediaan motosikal kepada Yulina dan orang ramai untuk memastikan motosikal mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

  1. Keseimbangan pada aspek keseluruhan jentera

Menurut Habib, keseimbangan bagi segala aspek motosikal adalah sangat penting kerana ia dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Antaranya ialah, kelajuan motosikal yang tidak sejajar dengan sistem brek boleh memberikan bahaya kepada penunggang. Apa tidaknya, kelajuan motosikal sangat sukar untuk dikawal sekiranya sistem brek tidak berfungsi dengan baik.

 2. Keadaan tayar

Bukan itu sahaja, keadaan tayar yang tidak sesuai dengan kuasa enjin juga boleh memberikan masalah kepada ramai penunggang motosikal. Keadaan tayar yang sudah haus atau ‘botak’ sememangnya boleh memberikan risiko tergelincir terutamanya ketika jalan basah. Selain itu, kelajuan motosikal dengan keadaan tayar yang sudah haus juga boleh mengundang bahaya. Perkara ini kerana tayar tidak dapat mengcengkam permukaan jalan dengan baik terutamanya ketika tayar berpusing dengan laju.

3. Sesuaikan motosikal untuk keselesaan penunggang

Menunggang dalam keadaan yang selesa adalah elemen yang sangat penting bagi setiap penunggang. Perkara ini adalah kerana keselesaan boleh mempengaruhi cara penunggangan seseorang bagi mengurangkan kemalangan jalan raya. Seperti yang dikatakan oleh Habib, ketidakselesaan penunggang boleh menyebabkan rasa letih ketika menunggang. Tambahnya, antara keselesaan yang perlu diberikan perhatian ialah pada bahagian kluc motosikal. Sistem klac mempunyai kelonggaran antara 2mm hingga 10mm perlu diselaraskan dengan selesa supaya tidak mudah haus dan boleh terputus.

Selain daripada ketiga-tiga elemen tersebut, keseimbangan enjin motosikal juga sangat penting supaya jentera itu dapat bergerak dengan lancar. Antara rahsia memastikan enjin motosikal dalam keadaan baik ialah dengan menggunakan Petronas Sprinta Ultraflex yang menjanjikan penjagaan komponen enjin dengan baik.

Yulina dan Habib juga turut berkongsikan matlamat mereka bagi tahun ini. Pelumba Superbike wanita itu mengharapkan kejayaan dalam perlumbaan yang bakal disertainya nanti.

Azam tahun baru dan matlamat Yulina adalah untuk menjadi juara di perlumbaan tahap kebangsaan di Malaysia. Dengan semangat Pengejar Impian, Yulina yakin pasti boleh.

Bagi Habib pula, dia turut mengharapkan dapat menjadi seorang mekanik buat pasukan MotoGP.

Habib pula matlamat tetap sama untuk menjadi ahli pasukan MotoGP. Semangat Pengejar Impian Habib masih berkobar-kobar dalam diri. Habib harap anda semua kejar impian masing-masing sampai berjaya.

Seperti yang diketahui ramai, PETRONAS menjalankan pelbagai usaha bagi memberi galakan kepada mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian masing-masing. Dengan semangat yang dipamerkan oleh dua orang Pengejar Impian iaitu Habib dan Yulina, ianya sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat kepada orang lain bagi mengejar impian masing-masing.

Semua orang ada impian kan ? Jadi kenapa biarkan ianya terkubur. Cabarlah diri anda untuk mengejar apa yang pernah diimpikan sebelum ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pengejar Impian, anda boleh layari Facebook Petronas atau terus ke laman web #PengejarImpian.

Ye tahu, musim Covid-19 ni ramai yang tak boleh keluar ambil angin bersama motosikal masing-masing. Pun begitu, jangan diabaikan ‘jentera’ tersebut. Pastikan motosikal anda mendapat penjagaan yang terbaik walaupun tidak bergerak dalam tempoh yang lama. Stay kat rumah, jangan lupa maintain bike anda.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa