Siakap Keli

Bayi 1 Bulan Pesakit Paling Muda Sembuh Covid-19 Di Thailand

Berita tentang orang sembuh daripada wabak COVID-19 menjadi antara berita yang gembira untuk kita dengar.

Baru-baru ini di negara Thailand, seorang bayi berumur satu bulan menjadi pesakit yang paling muda sembuh daripada COVID-19.

“Kami melakukan pemeriksaan kesihatan untuknya setiap hari. Dan tiga hingga lima hari selepas itu, keputusan X-ray menunjukkan tanda-tanda pemulihan secara beransur-ansur,” kata Visal, pakar pediatrik yang merawat.

Menurut AJPlus, bayi tersebut bukanlah pesakit termuda di dunia yang berjaya sembuh daripada COVID-19. Pada 20 April yang lepas di Scotland, terdapat seorang lagi bayi berumur 3 minggu berjaya sembuh daripada virus tersebut.

Namun buat masa ini, ia masih belum disahkan lagi jika bayi yang lahir di Wishaw, Scotland itu adalah yang termuda sembuh di dunia.

Sumber: AJPlus

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.