Siakap Keli

Buat Pencerapan Anak Bulan Sendiri, Satu Kumpulan Jemaah Di Indonesia Dilapor Berpuasa Mulai Hari Ini

Bagi rata-rata umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia, umum mengetahui bahawa tarikh awal Ramadan adalah jatuh pada 24 April 2020, iaitu esok dan mulai malam ini, kita sudah boleh mulakan niat berpuasa.

Namun, perkara itu mungkin tidak begitu ‘selari’ dengan sesetengah pihak yang lain, sama ada atas faktor perbezaan aliran ataupun sebagainya.

Menurut laporan agensi Liputan6, Jemaah An Nadzir yang bermukim di Kampung Batua, Kelurahan Romang Lompa, wilayah Gowa, Sulawesi Selatan di Indonesia memutuskan bahawa tarikh 1 Ramadan 1441h mereka jatuh pada 23 April, hari ini.

Pimpinan jemaah tersebut merangkap ketua Kumpulan 7 berkata, penetapan awal Ramadan bagi tahun ini merupakan hasil pencerapan anak bulan oleh Kumpulan 7 yang dimulai sejak dua minggu lalu.

Difahamkan, rata-rata ahli jemaah tersebut memiliki penampilan yang sama, iaitu berambut panjang berwarna perang serta berserban dan berjubah hitam. Foto: Agensi

“Kumpulan masing-masing melaporkan hasil pencerapannya dari beberapa lokasi yang ditentukan sebelumnya untuk dibahaskan selanjutnya dalam mesyuarat Kumpulan 7 yang digelar sebanyak dua kali setiap kali selepas solat Jumaat.

“Pada pertemuan pertama, Jumaat 3 April lalu didapati keputusan antara semua kumpulan menyampaikan sistem dan metodologi yang difahami dalam mencerap anak bulan.

“Dari penjelasan Kumpulan 7, prinsip pemahaman tentang tata cara dan metodologi pencerapan anak bulan itu sama dan tidak ada perbezaan,” tambah Samiruddin lagi.

Mengulas lanjut, hasil dari pertemuan pertama itu juga, Kumpulan bersepakat mulakan mencerap anak bulan untuk menentukan tiga purnama iaitu 14, 15 dan 16 kiraan bulan.

Dakwanya, hasil pencerapan oleh setiap kumpulan tersebut yang dibahaskan dalam pertemuan kedua pada Jumaat, 10 April mendapati, tiga bulan purnama iaitu 14, 15 dan 16 secara berturut-turut jatuh pada hari Selasa, Rabu dan Khamis yang bersamaan dengan tarikh 7, 8 dan 9 April.

“Daripada hasil inilah kami mulakan sebagai titik awal menghitung bulan untuk menentukan dan menetapkan akhir bulan Syaaban, sekaligus awal Ramadan 1441h.

“Pada hitungan 27 bulan berjalan atau tiga (3) bulan terakhir nantinya, Kumpulan 7 akan kembali memantau terbitnya bulan pada Subuh hari.

“Daripada beberapa metodologi pencerapan yang dilakukan oleh Kumpulan 7, anggaran sementara yang didapatkan untuk tahun ini, Jemaah An Nadzir Insya Allah akan mula berpuasa penuh 1 Ramadan pada Khamis, 23 April 2020 (hari ini),” jelasnya lagi.

Sumber: Liputan6, Nesw ID, Detik.com

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.