Siakap Keli

COVID-19: China Tambah Sumbangan $30 Juta Kepada WHO

China dilapor akan memberikan sumbangan tambahan sebanyak $3O juta kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Sumbangan tersebut diberikan bagi membantu perjuangan global dalam mencegah penularan wabak COVID-19.

Perkara tersebut disampaikan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying di laman Twitter. Menurut beliau lagi, sumbangan itu juga diberi bagi memperkukuhkan lagi sistem kesihatan negara-negara membangun. Sebelum ini, China telah menyumbang sebanyak $20 juta kepada WHO pada awal bulan lepas.

Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah membuat keputusan untuk membekukan dana kepada pertubuhan tersebut atas alasan gagal menguruskan pandemik Covid-19.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan minggu lalu akan menyekat dana yang bernilai AS$400 juta.

Sumber: Al-Jazeera, Hua Chunying

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.