Siakap Keli
PUTRAJAYA, 19 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melambai kepada media selepas mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 84 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 5,389 kes manakala yang sembuh adalah sebanyak 95 kes dan terdapat satu kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 89 kes. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Ia Merupakan Sambutan Ulang Tahun Terindah Sepanjang Hayat Saya,” – Dr Noor Hisham

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas ucapan sempena ulang tahun kelahiran beliau.

Beliau menyifatkan ulang tahun kelahirannya yang ke-57 semalam dengan iringan doa ramai rakyat Malaysia adalah ulang tahun yang akan sentiasa tersemat dalam memorinya.

”Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan ucapan hari lahir dan doa yang sungguh bermakna. Ia sesungguhnya merupakan sambutan ulang tahun kelahiran yang terindah sepanjang hayat saya.

”Terima kasih semua rakyat Malaysia dan marilah kita semua terus memerangi dan menamatkan rantaian jangkitan COVID-19. Kekal selamat dan duduk rumah,” ciap beliau malam ini.

Ribuan netizen mengambil peluang menghantar ucapan hari lahir kepada Dr Noor Hisham yang menyambut ulang tahunnya semalam.

Laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram dibanjiri ucapan tahniah dan doa untuk Ketua Pengarah Kesihatan itu, tokoh penting di barisan hadapan dalam perjuangan negara memerangi pandemik COVID-19.

Tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham tular di Twitter.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)