Siakap Keli

Kenderaan Komersial Yang Ingin Jalani Pemeriksaan Puspakom Perlu Buat Temujanji – Menteri

Setiap pemilik kenderaan komersial yang mahu membuat pemeriksaan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) perlu membuat temujanji dengan pihak berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui di peringkat Kabinet pada mesyuarat pagi tadi.

“Terdapat juga permohonan daripada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PERKEMA) supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Puspakom membuka kaunter mereka.

“Mesyuarat juga telah buat keputusan bahawa mereka boleh mendaftar secara online dan jika perlu hantar (kenderaan) ke Puspakom untuk jalani pemeriksaan, perlu juga buat temujanji,” katanya dalam  Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.

Perkara tersebut boleh dirujuk di video pada durasi minit ke-17.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.