Siakap Keli

“Pada Anak-Anak Kita Di Kampus, Tak Lama Lagi Bolehlah Pulang Ke Pangkuan Keluarga Masing-Masing” – Perdana Menteri

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan Perutusan Khas #RamadhanAtHome.

Antara yang beliau sampaikan adalah kebenaran pulang melibatkan lebih 100,000 pelajar di seluruh Malaysia.

“Pertamanya, pelajar-pelajar yang masih berada di kampus, yang mana di peringkat awal dahulu mereka tak dibenarkan pulang kerana keadaan masih belum menentu dan kita nak pastikan mereka selamat, insyaAllah boleh pulang ke rumah masing-masing sedikit masa lagi. Proses untuk membawa pelajar-pelajar ini pulang sedang dirancang oleh kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan.”

“Jumlah pelajar yang terlibat adalah besar, iaitu hampir 100,000 orang. Jadi kita mesti rancang pergerakan mereka dengan teliti untuk pastikan ianya teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan. Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala COVID 19,” kata Perdana Menteri.

“Pada anak-anak kita yang berada di kampus. Insyaallah, dalam tempoh yang tak berapa lama lagi, anda semua bolehlah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.”

“Butiran terperinci mengenai kepulangan ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat ini, Jadi, kepada ibu bapa, sabar dahulu,”katanya

“Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. InsyaAllah, dalam sedikit masa lagi, anak-anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan
selamat,” tambah Perdana Menteri lagi.

https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/videos/2860287617340586/?v=2860287617340586

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.